Assalamualaikum..
Salam ukhuwah buat sahabat semua...yang mengenali..yg tidak mengenali dan yg baru mngenali diri ini..
Alhamdulillah harini dah genap 2 bulan..segalanya semakin dipermudahkan olehNya..disebalik ujian yang diturunkan olehNya..aku semakin kuat dan tabah menempuh hari mendatang...walaupun terkadang rasa lemah tetapi perasaan itu aku ketepikan demi kelangsungan hidup..kerana aku bukanlah setabah Saidatina Aisyah mahupun Saidatina Fatimah..sungguh mereka lebih hebat diuji oleh Allah..apatah lagi kita insan yang kerdil di sisiNya..
Alhamdulillah...takdir ini telah benar2 membuka mata hatiku..percayalah Dia sentiasa memberi yang terbaik untuk hambaNya..oleh itu sentiasalah bersangka baik denganNya..selalu percaya dan yakin dengan hati bahawa ujian ini adalah rahmat dan kasih sayang Allah buat hambanya..
Carilah kekuatan diri dengan sentiasa bermuhasabah diri...sentiasa fikir bahawa ini merupakan kaffarah yang harus dibayar atas segala dosa...sedar atau tidak kita di dunia tidak terlepas melakukan dosa...kecil mahupun besar...oleh itu sentiasalah audit diri sahabat..dunia semakin tua...kita juga semakin bertambah usia..berubah demi kebaikkan..Insha Allah bersamalah kita usaha..
Kunci kekuatan juga adalah dengan mendekatkan diri denganNya..always always n always..kerana dalam situasi yang sangat rapuh bagi seorang wanita termasuklah diri ini yang digelar RATU AIR MATA di dalam keluarga (sgt cengeng..huhu) dengan mendekatkan diri denganNya adalah sgt penting supaya kita tidak mudah dipesongkan oleh bisikan-bisikan jahat..Wanita sifatnya sangat rapuh..mudah sangat bertindak mengikut nafsu..sekiranya iman tidak kuat..perkara yang mengecewakan seperti ini pasti akan menjadikan mereka bertindak diluar kawalan..acap kali kita dgr J***A yang bersikap sangat pelik..jelik..dan mengharukan lagi menjual maruah diri semata-mata ingin mendapatkan perhatian kaum ADAM..Nau`zubillahiminzalik..semoga diri ini terpelihara dari bersifat sebegitu..Ameen Ya Rabb..
Ada segelintir teman dan sahabat yang sempat bersemuka dengan diri ini mengatakan bahawa saya sgt kuat dan tabah di dalam mengharungi musibah ini..ketahuilah sahabat...aku sgt kuat berkat doa kalian...kata-kata semangat secara langsung atau tidak langsung...jujur dari hati ini menyatakan bahawa aku juga bersyukur diberi kekuatan dan ketabahan yang luar biasa ini ;) ...Allah Maha Kuasa..Dia memberi Ujian dan Dia juga memberi Penawar.. Always positif.. ;)
Aku percaya pengalaman ini walaupun pahit sangat mematangkan diri ini..dan kisah ini bukanlah ingin meng war-warkan keadaan diri ini tetapi mudah-mudahan memberi inspirasi kepada sahabat-sahabat dan wanita2 diluar sana untuk sentiasa kuat dan tabah dalam mengharungi sebuah kehidupan walau dalam apa jua keadaan..
Hadapilah dengan tenang..senyumlah hati..senyumlah diri..
#special thanks to omma n adik beradikku..always give me full support..
Jazakallahu khairan jazak!
Inspirasi Wanita
good job far..teruskan memberi inspirasi kpd sesiapa sahaja...niatkan demi allah taala in sha allah, allah akan bagi far rezeki dan kekuatan tanpa kita jangka...
ReplyDeleteTq rahmah for d support..insha Allah..ameen..
DeleteSemoga sentiasa tabah dalam menghadapi ujian yang mendatang...we all support u....love n miss u...
ReplyDeleteTq for d support orked ungu.. ;) insha Allah dgn doa kalian sy trs kuat..
Deletefarr d best :)
ReplyDeleteTq rehah ;)
Delete