Assalamualaikum..
Salam ukhuwah buat sahabat semua pembaca tegar blog..sahabat yang mengenali diri ini, yang masih baru mengenali diri dan sesiapa saja diluar sana yang membaca blog ini..terima kasih di atas kesudian sahabat semua singgah di blog ini..
Melalui hari-hari yang mendatang kita pasti teruji..benar dan sesungguhnya benar...semakin kita dekat denganNya semakin hebat ujianNya...hanya pada Mu kita bersujud dan berserah...
Betapa hebatnya kita...bagaimana tinggi pun kedudukan kita..Ingatlah sentiasa bahawa Allah akan sentiasa menguji kita..untuk menilai tahap kesabaran dan tingkat keimanan kita..
Terkadang kita rasa ujian yang kita lalui sudah cukup berat dan hebat...tetapi bermuhasabahlah diri kerana ujian yang dilalui oleh setiap hamba berbeza-beza..Adakala org diuji dengan kisah rumahtangga, ujian dengan anak-anak..ujian dengan pasangan..ujian dengan ibu bapa..jiran tetangga..malah ada pula ujian kekayaan dan kemiskinan..Masya Allah! hebatkan ujian Allah buat kita...
"Sesungguhnya Allah tidak akan menguji diluar kemampuan kita hambaNya"
Sehebat mana pun ujian...hadapilah dengan tenang...sabar...kerana nikmat yang terhidang untuk kita sangat besar...Subhanallah! Ya Allah...ingat selalu dalam hati bahawa sekiranya kita Redha dengan setiap sesuatu yang mengecewakan hati..tak kiralah apa jua perkara itu...percayalah Allah tidak sesekali menzalimi hambanya...bersangka baik denganNya kerana Dia pasti akan menggantikan kekecewaan dengan kegembiraan yang kita sendiri tidak jangkakan..
"Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar"
Betul orang tidak akan faham apa yang kita lalui..orang hanya boleh memberi kata-kata nasihat..sokongan..dorongan..sebab yang melaluinya adalah kita...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...duhai sahabat..tidakkah kamu sedar bahawa mereka -mereka yang hadir di sekeliling kamu..yang memberi nasihat, sokongan..dorongan, kasih sayang itu sebenarnya salah satu bentuk rahmat Allah? dalam apa jua musibah..percayalah Allah akan hantar kasih sayangNya buat kita dalam pelbagai bentuk...samada kita sedar ataupun tidak...yang penting kita kena selalu positif..always..always n always.. ;)
Sebenarnya entri ini khas buat sahabat - sahabat yang sedang berhadapan dengan musibah banjir...Allahurabbi..hampir menitis airmata melihat teruknya terjejas rumah-rumah sahabat yang ditenggelami air...semoga mereka diberi ketabahan dan kekuatan untuk menempuh musibah ini dengan tenang dan sabar..
kerana mereka sebenarnya memerlukan lebih dari apa yang kita fikirkan..bukan setakat pertolongan dari segi harta benda tetapi sokongan moral untuk meneruskan dan memulakan kehidupan baru selepas ini..
Buat sahabat-sahabat yang terjejas teruk dengan musibah banjir..semoga kalian tabah menghadapinya...doa ku titipkan agar segalanya dipermudahkan olehNya..semoga kehilangan kalian diganti dengan sesuatu yang lebih baik di masa hadapan...Ameen Ya Rabb..
Semoga entri ini sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada kalian untuk terus kuat dan tabah...Insha Allah...Ameen..
#pray for flood victim
Inspirasiku untuk semua..
Jazakallahu khairan jazak..
No comments:
Post a Comment