Assalamualaikum..
Salam ukhuwah buat semua sahabat..di mana jua kalian berada..semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat n kasih sayangNya..Selawat dan Salam buat junjungan besar SAW..
Dear Hawa...
Yang bernama isteri
akan selalu di sisi suami
Yang bernama isteri
akan selalu menyokong suami
Yang bernama isteri
akan membenarkan suami
Yang bernama isteri
akan terima suami walau apa pun dia
Yang bernama isteri
akan menerima kekurangan suami
Yang bernama isteri
akan tetap menerima suami walau tidak sekufu
Yang bernama isteri
akan cuba mengadaptasi kekurangan dengan kesyukuran
Yang bernama isteri
akan tetap setia walau dia dicurangi
Yang bernama isteri
akan tetap menggosok pakaian suami
walau dia tahu pakaian itu akan dipakai oleh suami untuk menemui wanita lain
Yang bernama isteri
akan tetap sabar menanti walau dia tahu suami tidur di rumah wanita lain
Yang bernama isteri
akan tetap memasak walau dia tahu suami sedang makan dengan wanita lain
Yang bernama isteri
akan tetap cuba tabahkan hati walau apa pun hinaan suami
Yang bernama isteri
akan tetap cuba memahami walau hatinya bagai dihiris belati tajam
Yang bernama isteri
hanya akan pergi bila suami tidak memerlukannya lagi..
Yang bernama isteri
akan merajuk dan mendongkol marah hanya untuk mendapat perhatian suami
Yang bernama isteri
hanya akan minta tidak lebih daripada tanggungjawab dan kesetiaan
Yang bernama isteri
akan menghargai selagi mana dia dihargai
Yang bernama isteri
akan tetap bernama isteri selagi dia masih mempunyai suami..
Dear Adam..
hargailah pasangan anda selagi mana dia masih di sisi..
sayangi..kasihi..dan lindungilah dia..
terimalah apa pun kekuranngannya..kerana itu dia diciptakan untukmu..
untuk kamu melengkapinya..melengkapi setiap kekurangannya..
kerana itulah janjimu saat kamu melafazkan "Aku Terima Nikahnya..."
Jangan dihina apa pun kekurangannya..kerana setiap kelebihan dan kekurangan itu dari Allah jua..
bukankah
kelebihan itu satu ujian dan kekurangan juga satu ujian..?
Sekiranya kamu bersabar dengan kekurangan dan kelemahannya..bukankan Allah menjanjikan satu ganjaran yang maha hebat buatmu?
Janji Allah..Dia tidak akan pernah menzalimi hambaNya..
#coretanku
Jazakallah khairan jazak
No comments:
Post a Comment