Thursday, February 27, 2014

Sifat orang bertaqwa: Memaafkan

Assalamualaikum

Salam ukhuwah sahabat-sahabat yang disayangi..moga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat dan kasih sayang Allah..dan moga untaian ukhuwah ini sentiasa diberkati dan diredhaiNya..
Selawat dan salam buat junjungan kita SAW..

Bila berbicara yang mana topiknya berkisar tentang agama..keyakinan tu ade sedikit jer..takut fakta yg disampaikan tidak tepat dan paling takut bila orang berpegang dgn apa yg kita sampaikan dan kemudiannya disebarkan..Nauzubillah..

Kerana itu..saya mohon andaikata perkongsian ini tidak tepat..para ilmuan..cendekiawan..sahabat handai..you're welcome to correct my facts..

[Al-Imran: 133-134]

"Bersegeralah kamu mencari ampunan Allah dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang bertaqwa. Iaitu orang yang berinfaq baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikkan."

Ayat-ayat di atas telah dibahas secara terperinci oleh Habib Ali Zaenal Abidin last Friday; 14.2.2014..

Apa yang telah dikongsikan oleh Habib..adapun balasan bg org yg bertaqwa itu syurga yg luasnya seluas langit dan bumi yg tidak dapat dibayangkn secara fizikal.tp dipercayai dgn mata hati (bg org-org yg beriman)

Antara sifat org yg bertaqwa itu adalah bersedeqah, menahan amarah dan memaafkan org yg berbuat salah pada kita dan berbuat baik dengan org yg berbuat salah pada kita..

Terang dan jelas bukan? Allah dalam surat cintanya..telah menggariskan panduan yg complete utk diteladani..bukan setakat dibaca..dikaji..tapi harus dipraktikkan..

Tapi....
Farr oh Farr
masih nk bertapi2 lagi?
Kau ni mmg blm cukup kena bleach lahh..
Haihhh...


Masa Habib bahaskan ayat nie..kita akui ayat ni mmg terkena tepat atas batang hidung..
mcm kena bash dek halilintar..nasib x terbakar tudung time tu.. ;)
Dalam hati time tu..
Ya Allah sungguh aku masih jauh..jauh..jauh..dari Mu..

Memaafkan..
Memaafkan..
Memaafkan..
Entah kenapa word tu macam hantu yg mngejar tuannya..

Monolog hati;
(watak positif yg selalu bising kat tuan nye..)
Memang patutlah kena kejar Farr oii!
Selagi kau tak maafkan..selagi tu kau tak jumpa penawar hati tu..
Jawapan:
Tapi kita dah maafkanlah..
Watak positif:
Betul kau maafkan?
Jawapan:
Mulut yer tp hati belum lagi..on the way..on the way..boleh x jgn paksa!bukan mudah..
Yer..tak mudah buat kita..

Maaf?
Perkataan yg mudah untuk dilafazkan tapi amat berat untuk dilaksanakan..
kita akui..sampai hari ni..kita masih belum seikhlasnya memaafkan mereka2 itu..

"Memaafkan orang yg berbuat salah pada kita dan berbuat baiklah terhadap mereka"

Astaghfirullah..
Sungguh aku masih belum punya kekuatan itu..
Allahu Allah..
Kau permudahkanlah..

Hati ku menangis..kerana gagal..
kriteria yg x complete utk mendekat dgn sisi itu..sisi Rabb..
watak positif juga bersedih kerana hati yg degil..
kerana membawanya jauh dari sisi itu..

Wahai pemilik hati..lembutkanlah hatinya..
Agar dia bisa memaafkan..
Agar dia bisa menemui redha..
Agar dia bisa menemui ketenangan hakiki..
Agar dia bisa dekat denganMu..

Memaafkan
Memaafkan
Memaafkan
Sifat org bertaqwa kan..
Ganjarannya?
Syurga dijanjikan Rabb..
Seluas langit dan bumi..
Mahu apa lagi?

Belajar untuk memaafkan ye Farr..
Allah dah janjikan..Nikmatnya..
Senyum..
*sedang berusaha even payahnya Allah lebih tahu*

Note to myself : muhasabah

Jazakallahu khairan jazak..







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
I dont know since when i like to rant all the way about my life..my feeling..not so me anyway..but since am ranting..am feel much more better..release..Alhamdulillah..am here not to please people n everyone of you..am ranting what i want..feel free not to read it, if you're annoyed with my writings..