Monday, December 2, 2013

Rahmat Allah

Assalamualaikum..

Salam ukhuwah buat sahabat..pembaca2 tegar blog..dan semua yang sudi menghadirkan diri membaca entri ini..semoga perkongsian kali ini lebih memberi manfaat buat semua..

Di kiri dan kanan ku ada suara-suara yang bertanyakan resepi ketabahan dan kekuatan dalaman yang diperolehi di dalam menempuh musibah yang maha berat ini...terus terang aku bukanlah dilahirkan di dalam keluarga yang warak..jadi apa yang aku amalkan adalah yang sangat biasa dan sangatlah minima..musibah ini aku lihat sebagai bentuk hidayah yang Allah hantar kepada ku menyedarkan aku untuk lebih mendekatkan diri denganNya dan mencari Al-Khaliq..Alhamdulillah syukur..semoga perubahan dan jihadku ini dipermudahkanNya dan mudah2an menjadi pencetus dan ikutan kepada yang lainnya..moga diri ini dan kalian juga terus Istiqamah di dalam jihad kalian..mudah2an sahabat..semoga kita sentiasa berada di bawah lindunganNya selalu..Ameen Ya Rabb..


Nasihatku sahabat..carilah Dia..ingatlah Dia..mengadulah padaNya..sentiasa ingat Dia..Insya Allah dirimu tidak akan pernah merasa kecewa..saat dirimu merasai Rahmat dan kasih sayangNya..Masya Allah..nikmat yang tidak terhingga..

Oleh itu sahabat bolehlah amalkan tips berikut (amalan berikut adalah yg paling minima..yg telah diri ini amalkan) moga perkongsian yg sedikit ini memberi manfaat buat semua :

Pagi :
*selesai solat subuh amalkan membaca Al-Ma'thurat
(pada hari Jumaat amalkan membaca surah Al-Kahfi )

*amalkan mengerjakan solat Dhuha
(sekiranya berkesempatan selepas Dhuha bolehlah baca surah Al-Waqiah)

Malam:
*selesai solat maghrib berzikir dan membaca Al-quran

Sebelum Tidur :
*lakukan Solat Witir
(amalkan membaca surah Al-Mulk selepas Solat Witir dan sekiranya berkesempatan membaca surah As-Sajadah) 
Insya Allah dipermudahkan untuk bangun Malam dan bertahajjud.

Aku tahu bukan mudah untuk seseorang itu Redha dan menerima qada' qadar Allah..tapi percayalah keihklasan itu akan ditemui bilamana hati kita mula merasai ketenangan dan rahmat kasih sayangNya tidak berbelah bahagi..Tetapkanlah dalam hati dan sentiasa positif di dalam apa jua keadaan..


#Allah sentiasa bersama dengan kita..setiap masa n ketika

Jazakallahu Khairan Jazak..

Inspirasi buat semua!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
I dont know since when i like to rant all the way about my life..my feeling..not so me anyway..but since am ranting..am feel much more better..release..Alhamdulillah..am here not to please people n everyone of you..am ranting what i want..feel free not to read it, if you're annoyed with my writings..