Showing posts with label Cerpen : Random. Show all posts
Showing posts with label Cerpen : Random. Show all posts

Tuesday, March 31, 2020

Cerpen Part 5

2020
.
.
.

dia merenung jauh ke hadapan. peristiwa 7 tahun dulu masih segar diingatan sedikit pun tak terhapus dek waktu.
.
.
.

masa itu dia baru selesai mengemas rumah dan bilik tidur mereka. hari sabtu mmg hari mengemas rumah sementelah suaminya menghadiri kelas. maklumlah student PJJ di UKM. tahun ni tahun akhir suami. tak sabar rasanya. habis jer kelas tahun ni, kami akan menghabiskan weekend bersama. 3 tahun ni memang weekend kami terpaksa dikorbankan dengan tuntutan dan kewajipan dia sebagai seorang pelajar. tu belum lagi kira setengah tahun pertama perkahwinan kena PJJ sebab suami bekerja di Pahang. Dugaan. Dia tersenyum sendiri.

Sambil mengemas, dia terpandangkan ipad suaminya yang ditinggalkan di tepi almari baju.

"ehh B tertinggal ipad ke..?" tuturnya di dalam hati. sejak beberapa minggu kebelakangan ni, dia mmg jarang nampak kewujudan ipad ni di rumah. kebiasaan bagi suaminya utk membawa ipad ke kelas, kerja dan ke mana sahaja.

tapi dia hanya membiarkan sahaja ipad tersebut dan meneruskan kerjanya mengagihkan baju2 yang perlu digosok sebentar lagi. tak terdetik langsung baginya utk membuka ipad tersebut. dia percaya suaminya. terlalu percaya. lagipun suaminya itukan pegawai agama merangkap imam masjid kariah kami. takkan nak buat onar? langsung tiada sangsi dihatinya.

"treett trett.." tiba tiba ipad berbunyi menandakan ada msg masuk.

"ehh.. sape pulak..?" dia segera membuka ipad tersebut. takut2 sekiranya ada msg penting kelas atau seumpamanya utk suami.

*****************************

Airmatanya gugur laju membasahi pipi.. airmata luluh seorang isteri.. hancur hatinya tatkala membaca msg tersebut. berkali kali dia baca msg yg tertera dengan harapan ianya hanya mimpi. di baca lagi dan lagi.. dia tahu apa yang dibacanya adalah benar.

Ya Allah, dugaan apakah ini..?

Dia menangis semahunya. terduduk.

"sampai hati B buat ayang macamni.." pecah sendunya.


Sunday, October 9, 2016

Cerpen : part 4

.
.
.
.

Dia gementar. Dia benar-benar gementar kali ini. Wlaupun kerjanya menghadap Hakim setiap hari. Berdiri di hadapan Hakim setiap kali mewakili anak guamnya. Tapi kali ini dia benar-benar gugup bila mewakili diri sendiri..

Fikirannya celaru.keliru. memikirkan keadaannya selepas ini. Apa akan jadi? Apa dia perlu buat? Apa pandangan masyarakat terhadapnya? Semua buat dia jadi takut. Dia rasa mahu pitam.

Dia gagahi menjawab soalan Hakim. kadang dia mengangguk kadang dia menggeleng. Suaranya bagai tidak kedengaran. sehinggalah Hakim mengarahkan kedua-duanya saling bermaafan dan dia masih kaku. Airmatanya mengalir. Dia tahu masanya makin hampir.

....

seusai lafaz.. dia akur dengan ketentuan Ilahi.. Allah merancang yang terbaik buatnya. Dia yakin. Dia pasti. Biarlah dia dibuang sekalipun dia tahu dia masih punya Tuhan tempat dia bergantung.

Dia tahu kesan dan akibat yang akan dibawa sepanjang hidupnya. Tapi dia juga yakin Allah sedang merancang yang lebih baik buatnya

.
.
.
.

Saturday, September 3, 2016

Cerpen : Part 3

.
.
.
Dia terima jika itu suratan takdir. Dia pasrah. Siapalah dia untuk menidakkan takdir. Mungkin dah tersurat jalan cerita hidupnya begitu.

Untuk mengizinkan dan menerima bukan sesuatu yang mudah. Tapi dia redha untuk suaminya. Belajar untuk menerima juga bukan mudah tapi dia cuba untuk suaminya kerana dia tahu itu kebahagian baru buat suaminya. Dia tekad.

Dia cuba sedaya upaya. Ya dia telah cuba. Mengenali bakal isteri suaminya walau hati menangis. Mengenali asal usul latar belakangnya. Melalui aplikasi whatsApp cuma. Belum pernah berkesempatan bertentang mata kerana dia tidak pernah diberi peluang. Entah kenapa? dia sendiri tak pernah bertanya.

"Ayang ikut ya..?"
"Tak perlu..lagipun dia belum bersedia jumpa ayang.."
"Ayang berbuka puasa sorang..?"
"Mak kan ada. Hari ni jer.."

Dia diam. Dia nak bertanya lagi tapi mulutnya terkunci. Dia sepatutnya jadi macam isteri isteri lain yang punya kekuatan mengangkat pinggan mangkuk meninggi suara tapi dia hanya memilih untuk berdiam diri. Diam bukan bererti kalah. Diam juga bukan bererti setuju dengan tingkah suaminya. Biar Tuhan yang tahu diamnya bererti apa.

Keliru.



Thursday, September 1, 2016

Cerpen : Part 2

"Sesungguhnya Allah mendengar doa-doa hambanNya yang teraniaya..."
.
.
.
Dia mengesat airmatanya berkali-kali..resahnya sudah terjawab.. benarlah kata hatinya.. benarlah segala telahannya.. benarlah segalanya..

Message message yang bukan sekali tapi berkali-kali..semuanya dia baca..bukan dia curi-curi baca.. tapi semuanya kebetulan..

Tapi bila dia sedar..ianya bukan lagi kebetulan.. Tuhan ingin beritahu sesuatu.. Tuhan ingin dia tahu sesuatu.. dan segalanya..

"Siapa dia.." mudah soalan itu keluar dari bibirku.

"B dah jumpa.. B dah jumpa orang yang boleh beri B anak.."

"B serius dengan dia?"

"Ya.. ayang setuju..?"

Dia terpempan saat kalimat itu meluncur keluar dari mulut orang yang dia sayang. Entah mana belas ihsan dia tatkala mengajukan soalan itu.

Dia tak mampu menjawab..yang dia tahu macam ada batu yang menghempap kepala.. tapi tak pecah..tak pula berdarah..

Dalam hati..luka yang tak siapa nampak.. tak siapa tahu.. tak siapa faham..tapi masih bertahan..tak mampu meninggi suara..tak mampu berkata tidak.. kerana dia sedar kurangnya dia tentang itu..

Allahuakbar!!

Tuhan menguji..
Tuhan sedang menguji..

Dia pasrah..
.
.
.
"Tuhan tidak akan menguji melebihi dari kemampuan hambanNya.."


Cerpen : Part 1


.
.
.
.

Dia masih samar, buntu memikirkan di mana silapnya.. dia tak pasti.. sungguh!!

Yang dia tahu dia masih menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa..memasak mengemas membasuh..segalanya!tapi dia tidak tahu di mana kurangnya..

Dia masih menahan tangis.. melihat message yang tertera di telefon bimbit itu..dia terkedu..terketar-ketar tangannya..dia memberanikan diri membaca keseluruhan message itu..

"Habib.."

Berderai airmatanya melihat kalimat itu.. dia masih menatap message itu..berkali-kali juga dia ulang baca kalimat itu..

Jantungnya sentap..seakan terhenti.. mana mungkin orang lain tahu kalimat istimewa itu.. dia masih cuba bersangka baik.. walau dalam hati ada resah yang melanda..

Lewat waktu dulu..

"Habibi..?"
"haah..habibi kekasihku.."
"Baiklah habibati sayang.."

 lamunannya tersentak..
Dia meletakkan telefon bimbit itu ke tempat asalnya.. lalu menjalankan rutin hari minggunya seperti biasa..

Dia tidak ingin sesekali bersangka yang bukan-bukan lebih-lebih lagi terhadap syurganya..Ya itu dunia dan akhiratnya..

Dia hanya mampu berdoa di dalam hati.. moga Allah membuka hijab yang tersembunyi.. biar resah di hati punya jawapan
.
.
.

"Dan sesunguhnya Allah mengetahui setiap yang di langit dan di bumi.."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
I dont know since when i like to rant all the way about my life..my feeling..not so me anyway..but since am ranting..am feel much more better..release..Alhamdulillah..am here not to please people n everyone of you..am ranting what i want..feel free not to read it, if you're annoyed with my writings..