Tuesday, March 31, 2020

Cerpen Part 5

2020
.
.
.

dia merenung jauh ke hadapan. peristiwa 7 tahun dulu masih segar diingatan sedikit pun tak terhapus dek waktu.
.
.
.

masa itu dia baru selesai mengemas rumah dan bilik tidur mereka. hari sabtu mmg hari mengemas rumah sementelah suaminya menghadiri kelas. maklumlah student PJJ di UKM. tahun ni tahun akhir suami. tak sabar rasanya. habis jer kelas tahun ni, kami akan menghabiskan weekend bersama. 3 tahun ni memang weekend kami terpaksa dikorbankan dengan tuntutan dan kewajipan dia sebagai seorang pelajar. tu belum lagi kira setengah tahun pertama perkahwinan kena PJJ sebab suami bekerja di Pahang. Dugaan. Dia tersenyum sendiri.

Sambil mengemas, dia terpandangkan ipad suaminya yang ditinggalkan di tepi almari baju.

"ehh B tertinggal ipad ke..?" tuturnya di dalam hati. sejak beberapa minggu kebelakangan ni, dia mmg jarang nampak kewujudan ipad ni di rumah. kebiasaan bagi suaminya utk membawa ipad ke kelas, kerja dan ke mana sahaja.

tapi dia hanya membiarkan sahaja ipad tersebut dan meneruskan kerjanya mengagihkan baju2 yang perlu digosok sebentar lagi. tak terdetik langsung baginya utk membuka ipad tersebut. dia percaya suaminya. terlalu percaya. lagipun suaminya itukan pegawai agama merangkap imam masjid kariah kami. takkan nak buat onar? langsung tiada sangsi dihatinya.

"treett trett.." tiba tiba ipad berbunyi menandakan ada msg masuk.

"ehh.. sape pulak..?" dia segera membuka ipad tersebut. takut2 sekiranya ada msg penting kelas atau seumpamanya utk suami.

*****************************

Airmatanya gugur laju membasahi pipi.. airmata luluh seorang isteri.. hancur hatinya tatkala membaca msg tersebut. berkali kali dia baca msg yg tertera dengan harapan ianya hanya mimpi. di baca lagi dan lagi.. dia tahu apa yang dibacanya adalah benar.

Ya Allah, dugaan apakah ini..?

Dia menangis semahunya. terduduk.

"sampai hati B buat ayang macamni.." pecah sendunya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
I dont know since when i like to rant all the way about my life..my feeling..not so me anyway..but since am ranting..am feel much more better..release..Alhamdulillah..am here not to please people n everyone of you..am ranting what i want..feel free not to read it, if you're annoyed with my writings..