Monday, March 9, 2020

Bukit Batu Chondong, Kemensah

Assalamualaikum

Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

H.I.K.I.N.G at Bukit Batu Chondong and Waterfalls. A day-hike to remember

note : A late post

Bukit Batu Chondong terletak di Kemensah, Ulu Kelang. Ketinggian Bukit Chondong adalah 260m. tak tinggi kan? haha that's why lah sis setuju nak naik Bukit Chondong ni haritu. tapi.. tapi.. jgnlah diperkecilkan ketinggiannya ya anda anda semua. sebab trails yang menunggu insya Allah mencabar mental dan fizikal. namun demi view yang Subhanallah cantik. hilang segala rasa pewai, rabak n barai anda.

sebelum naik make sure anda kena pastikan bahawa tempat ini masih dibuka dan tidak diwartakan tutup oleh Jabatan Perhutanan yer. ini disebabkan oleh berlakunya beberapa incidents yang tak diingini di area Bukit Chondong ini.

nak ke trails Bukit Chondong anda boleh waze Bukit Batu Chondong yang mana ianya taklah jauh dari zoo negara. Jalan straight ke depan sehinggalah anda jumpa ATV Kemensah. boleh park di tepi jalan tapi make sure tak menghalang laluan yer.

ketinggian : 260m
trails : moderate to hard

bermula sahaja trails anda dihidangkan dengan trails pacak tanpa belas kasihan. sis nasihatkan supaya anda pergi berkumpulan dan ada guide. bagi sis trails dia agak mengelirukan. lebih - lebih lagi bila nak sampai ke puncak memang memerlukan sokongan rakan -rakan untuk naik dan memanjat batu - batuan.

here a few pictures of us
line up : 9

one of the obstacles.many more ahead! nak tau challenging ke tak kenalah datang sini




moments yang tak boleh nak lupa. tgk pic ni kemain lagi. tapi nak menyampai ke peak nih.. huh pewai teruk sis! bebudak ni bertabah betul dengan sis. dari bawah lg mmg dorang pastikan sis sampai ke peak ni.

Dah puas amik pictures, n isi perut sikit, tibalah masa untuk turun. turun jer terus ke air terjun sofea jane. 45mins jugaklah berjalan. ikut laluan ATV tu jenuh jugaklah. dengan lecaknya dengan jatuh tergoleknya.😁😁😁

berkelah dan berendam puas - puas
pastu baru balik.

itu jer pengalaman sis di sini. klau ada yang ajak repeat insya Allah nak pegi. πŸ˜„

thanks for reading

jzkk







1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
I dont know since when i like to rant all the way about my life..my feeling..not so me anyway..but since am ranting..am feel much more better..release..Alhamdulillah..am here not to please people n everyone of you..am ranting what i want..feel free not to read it, if you're annoyed with my writings..