Showing posts with label Hiking. Show all posts
Showing posts with label Hiking. Show all posts

Monday, March 9, 2020

Bukit Batu Chondong, Kemensah

Assalamualaikum

Dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

H.I.K.I.N.G at Bukit Batu Chondong and Waterfalls. A day-hike to remember

note : A late post

Bukit Batu Chondong terletak di Kemensah, Ulu Kelang. Ketinggian Bukit Chondong adalah 260m. tak tinggi kan? haha that's why lah sis setuju nak naik Bukit Chondong ni haritu. tapi.. tapi.. jgnlah diperkecilkan ketinggiannya ya anda anda semua. sebab trails yang menunggu insya Allah mencabar mental dan fizikal. namun demi view yang Subhanallah cantik. hilang segala rasa pewai, rabak n barai anda.

sebelum naik make sure anda kena pastikan bahawa tempat ini masih dibuka dan tidak diwartakan tutup oleh Jabatan Perhutanan yer. ini disebabkan oleh berlakunya beberapa incidents yang tak diingini di area Bukit Chondong ini.

nak ke trails Bukit Chondong anda boleh waze Bukit Batu Chondong yang mana ianya taklah jauh dari zoo negara. Jalan straight ke depan sehinggalah anda jumpa ATV Kemensah. boleh park di tepi jalan tapi make sure tak menghalang laluan yer.

ketinggian : 260m
trails : moderate to hard

bermula sahaja trails anda dihidangkan dengan trails pacak tanpa belas kasihan. sis nasihatkan supaya anda pergi berkumpulan dan ada guide. bagi sis trails dia agak mengelirukan. lebih - lebih lagi bila nak sampai ke puncak memang memerlukan sokongan rakan -rakan untuk naik dan memanjat batu - batuan.

here a few pictures of us
line up : 9

one of the obstacles.many more ahead! nak tau challenging ke tak kenalah datang sini




moments yang tak boleh nak lupa. tgk pic ni kemain lagi. tapi nak menyampai ke peak nih.. huh pewai teruk sis! bebudak ni bertabah betul dengan sis. dari bawah lg mmg dorang pastikan sis sampai ke peak ni.

Dah puas amik pictures, n isi perut sikit, tibalah masa untuk turun. turun jer terus ke air terjun sofea jane. 45mins jugaklah berjalan. ikut laluan ATV tu jenuh jugaklah. dengan lecaknya dengan jatuh tergoleknya.😁😁😁

berkelah dan berendam puas - puas
pastu baru balik.

itu jer pengalaman sis di sini. klau ada yang ajak repeat insya Allah nak pegi. 😄

thanks for reading

jzkk







Sunday, March 1, 2020

Bukit Jugra, Banting Selangor

Dengan Nama Tuhan Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang

My first entry for 2020, since my last post on 2017.

H.I.K.I.N.G at Jugra Hill melalui denai bukit jugra

Dah lama tak menulis di blog, tak tau nak mula macamana. Memandangkan ini merupakan first entry bagi tahun  2020, SALAM TAHUN BARU buat semua.

Awalnya kami bertiga bercadang nak tengok view sunrise kat puncak Jugra ni. Masing-masing berkobar - kobar nak pergi sebelum subuh dan subuh di area Banting. Biasalah kan, kita merancang Allah yang menentukan. Akhirnya pukul 7 baru keluar rumah dan sampai sana pukul 8.30 plus sesat tak jumpa jalan nak naik trails. hahaha.

Sesiapa yang berhajat nak naik Bukit Jugra melalui denai, boleh waze Masjid Al-Muttaqin, Kampung Permatang Pasir. Boleh park ditepi-tepi masjid. make sure park dengan berhemah yer. 

Take Note : Anjing banyak sangat di kawasan ini. 

Starting point


Walaupun first time datang sini, Alhamdulillah trails dia jelas insya Allah tak sesat. Nak sampai peak boleh tahan yer anda-anda semua. mencanak naik dari signboard ni. berzikir nak turun tu berpuluh kali rasanya. hahahah.

Sunyi.
Masa naik tu nak berselisih dengan hikers-ii lain sangatlah susah. Mujur kitaorang bertiga.





Jalan punya jalan sampailah kat sini.Tak tau lah peak ke bukan ni, tapi macam tempat helipad jer.


Alhamdulillah sampai peak within 1h30mins. Biasalah kitaorang bukan hikers padu. slow-slow jer ikut pace sendiri. Untuk makluman semua, di peak ni memang tak ada views. yang views cantik tu kat lighthouse yer.. dari  peak anda kena jalan lagi ikut susur laluan kem tentera lama. memandangkan kami bertiga jer, tak ramai orang pulak tu, nak lalu ikut kem tu pun macam berani tak berani jer, we decided untuk turun dan naik kereta jer ke lighthouse.

Peak Jugra ~ kami bertiga je kat sini.

Dari peak ke parking dalam 30 - 45 mins jugaklah. naik turun menggigil kepala lutut wehhh! sampai parking pusing - pusing cari kedai melayu. huhu hampa! nasib bawak bekalan makanan. tapi biasalah dah turun tu yang sorang terbayang teh ais lah tea o ais limau lah...hahaha non hado!! jadi kami meneruskan perjalanan ke lighthouse.

Tadaaaa!!! sampailah kami di lighthouse dengan menaiki kereta. sepanjang jalan tu baru kitaorang perasan, ramai hikers yang turun ikut jalan tar kat lighthouse.. padanlah tak ramai yang kita jumpa kot trails. fuh!! sumpah jauh kot.

Lighthouse

cloudy and hazy

Puas amik gambar kat atas ni walaupun cuaca a bit hazy. its okey! next time klau ada masa boleh repeat insya Allah.

jzkk



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
I dont know since when i like to rant all the way about my life..my feeling..not so me anyway..but since am ranting..am feel much more better..release..Alhamdulillah..am here not to please people n everyone of you..am ranting what i want..feel free not to read it, if you're annoyed with my writings..