Saturday, September 3, 2016

Cerpen : Part 3

.
.
.
Dia terima jika itu suratan takdir. Dia pasrah. Siapalah dia untuk menidakkan takdir. Mungkin dah tersurat jalan cerita hidupnya begitu.

Untuk mengizinkan dan menerima bukan sesuatu yang mudah. Tapi dia redha untuk suaminya. Belajar untuk menerima juga bukan mudah tapi dia cuba untuk suaminya kerana dia tahu itu kebahagian baru buat suaminya. Dia tekad.

Dia cuba sedaya upaya. Ya dia telah cuba. Mengenali bakal isteri suaminya walau hati menangis. Mengenali asal usul latar belakangnya. Melalui aplikasi whatsApp cuma. Belum pernah berkesempatan bertentang mata kerana dia tidak pernah diberi peluang. Entah kenapa? dia sendiri tak pernah bertanya.

"Ayang ikut ya..?"
"Tak perlu..lagipun dia belum bersedia jumpa ayang.."
"Ayang berbuka puasa sorang..?"
"Mak kan ada. Hari ni jer.."

Dia diam. Dia nak bertanya lagi tapi mulutnya terkunci. Dia sepatutnya jadi macam isteri isteri lain yang punya kekuatan mengangkat pinggan mangkuk meninggi suara tapi dia hanya memilih untuk berdiam diri. Diam bukan bererti kalah. Diam juga bukan bererti setuju dengan tingkah suaminya. Biar Tuhan yang tahu diamnya bererti apa.

Keliru.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
I dont know since when i like to rant all the way about my life..my feeling..not so me anyway..but since am ranting..am feel much more better..release..Alhamdulillah..am here not to please people n everyone of you..am ranting what i want..feel free not to read it, if you're annoyed with my writings..