Wednesday, January 1, 2014

Sambutan Tahun Baru 2014

Assalamualaikum..

Salam ukhuwah buat my dear readers..di mana jua kalian berada..semoga ukhuwah yg terjalin lillahi ta'ala..selawat dan salam buat junjungan besar kita..Sollu a'laih.. Alhamdulillah..kita masih lagi diberi nikmat untuk bernafas di Tahun Baru Masihi..dengan rasminya hari ni 2014 mmbuka tirainya..selamat bercuti kepada semua..


31.12.2013
Alhamdulillah..semalam dapat menghadirkan diri Majlis Dzikir Al-Akbar..bertempat di Masjid Al-Ridhuan, Hulu Klang..bermula dengan solat Maghrib dan berlanjutan sehingga pukul 12.30 malam..Allah..Allah..Allah syukur nikmat..full house semalam..

Program n tentative yang full dengan Tausiyyah..berRatib dan berMaulid..semoga apa yang disampaikan semalam memberi manfaat untuk diri ini dan kalian yang menghadirinya...dan semoga keberkatan menghadiri Majlis Ilmu ini membawa 1001 satu Rahmat untuk mengharungi tahun 2014..Ameen Ya Rabb..

Buat kalian yang juga berkesempatan menghadiri Majlis2 Ilmu semalam tidak kira di mana jua..Tahniah dan syabas juga buat kalian..kerana dengan izinNya kalian berazam dan berjaya menempatkan diri dan berada di Majlis tersebut..doa saya semoga kalian dilimpahi Rahmat olehNya..Insha Allah..kita bermula dengan baik..pengakhiran juga dengan baik..sama2 kita doa ehh..untuk kebaikkan sepanjang tahun 2014 ni..

Rasa tersentuh hati kerana dengan izinNya diberi kesempatan untuk menghadirkan diri di Majlis sebegini..secara jujur..DULU..tidak pernah langsung terlintas di hati hatta difikiran untuk hadir di Majlis sebegini apalagi di malam TAHUN BARU...sesungguhnya benar..sekiranya Dia mengkehendaki sesuatu terjadi maka JADI lah ia..mungkin itu perumpamaan yg tepat untuk diri ini...Bila Allah menggerakkan hati ini untuk satu perubahan... Subhanallah..nikmat yang tak terhingga..sesungguhnya sujud dan syukur hanya pada Mu Ya Allah..

Bangga juga melihat anak-anak muda lelaki dan perempuan memenuhi Masjid dan berlumba-lumba menghadiri Majlis seperti ini..semoga Allah memberkahi setiap langkah mereka dan juga kita..Ameen..Insha Allah..Alhamdulillah juga kerana Majlis seperti ini at least dapat divert langkah ank2 muda dari menghadiri tempat-tempat yang penuh kemaksiatan dan lagha..semoga majlis seperti lebih banyak di masa akan datang..

Sedikit perkongsian tausiyyah semalam tentang unjuran mengingati Allah di dalam setiap dan apa jua keadaan..Sesungguhnya barangsiapa yang melupakan Allah di dunia..Allah akan melupakannya di Akhirat..dan Barangsiapa yang mengingati Allah di dunia..Allah akan mengingatinya di Akhirat..untuk mengingati Allah..Justeru hati kena bersih, kuat dan lembut untuk menempatkan Allah di dalam hati kita.. Wallahu a'lam..

word of wisdom:
Menuntut Ilmu adalah TAQWA
Menyampaikan ilmu adalah IBADAH
Mengulang-ulang ilmu adalah ZIKIR
Mencari Ilmu adalah JIHAD
(Imam Al Ghazali)

#ceritaku

Jazakallahu khairan jazak









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
I dont know since when i like to rant all the way about my life..my feeling..not so me anyway..but since am ranting..am feel much more better..release..Alhamdulillah..am here not to please people n everyone of you..am ranting what i want..feel free not to read it, if you're annoyed with my writings..