Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Selawat dan salam buat junjungan SAW
Assalamualaikum
Salam ukhuwah dear all..
saper suka makan spaghetti olio oglio kt sini angkat tangan cepat!!
Untuk penggemar olio oglio meh kita nak share resepi mudah olio oglio.. n yang penting bahan2 yang digunakan mudah di dapati and yang paling budget skli..
Tak yah beli bahan yg mahal2 yang nak sebut pun tak reti..haahaa..
Oke meh laa checkout bahan-bahan :
Spaghetti
Olive oil
Seafood (ikut citarasa memasing)
Bawang besar dipotong2
Cili padi/cili kering yg dipotong2
Garam secukup rasa
Air
Cara-cara membuatnya :
Didihkan air..masukkan spaghetti add on minyak n garam sket supaya tak melekat-lekat spaghetti tu nnt..da masak ketepikan..
Panaskan kuali ngan olive oil.. tumiskan bawang besar ngan cili padi/cili kering..da kekuningan masukkan seafood..boh air sket masukkan spaghetti..n last boh garam secukup rasa..
Godek-godek jap atas kuali bagi rata n kering air tu..pastu tutup api dapur n boleh lah serve..
Senang kan?
Tak sampai 30minit laa..mudah jer n ringkas..
Serve ngan salad segar pun sedap tau!
Pasni korang boleh lah try ehh..alaa setakat untuk makan sendiri lepas dah tu..
Selamat mencuba!
Jzkk
No comments:
Post a Comment