Friday, August 12, 2016

H.I.B.A.H

Dengan nama Tuhanku yang Maha Agung
Selawat dan salam buat kekasihNya

Assalamualaikum

Salam ukhuwah buat semua

Entri kali ini sedikit ilmiah berkisar tentang Hibah..perkongsian santai saya sementelah saya punya sedikit pengalaman membuat Dokumen Hibah dan pengesahannya di Mahkamah Syariah.

H.I.B.A.H

Secara mudah difahami oleh orang2 biasa Hibah merupakan pemberian atau lebih mudah lagi difahami sebagai hadiah..
Hibah adalah merupakan satu pemberian ketika hidup..

Panjang dan lebih serius sekiranya saya kongsi pengertian hibah dari sudut makna dan bahasa..mungkin details nya anda boleh baca dibuku dan artikel laan berkaitan hibah.

Cukup setakat ini anda faham mengenai apa itu Hibah dan konsepnya kan?

RUKUN HIBAH

a) Pemberi Hibah
b) Penerima Hibah
c) Barang Hibah
d) sighah ijab qabul

*setiap satu rukun punya syarat-syarat untuk memastikan hibah adalah valid dan sah dari segi syariat dan undang-undang.

**********************

Memandangkan ini hanyalah satu entri santai..permasalahan lain mengenai hibah akan saya panjangkan kemudian.

Apa yang penting..masyarakat nowadays semakin celik dengan term Hibah ini.. cuma kadang2 konsepnya masih lagi tersasar..

MUTLAK vs. FARAIDH

Kelebihan adanya hibah ini bilamana barang yang dihibahkan adalah menjadi milik mutlak si penerima hibah..jadi bilamana berlakunya kematian si pemberi hibah maka hartanya yang telah dihibahkan tidak lagi subject to faraidh. Maksudnya di sini harta tersebut bukanlah lagi termasuk di dalam harta pusaka si mati.

Dokumen Hibah

Justeru, di sinilah kepentingannya didokumentasikan Hibah tersebut..sebagai satu documentary proof kepada waris-waris yang lain yang mungkin berniat untuk mempertikaikan hibah tersebut.

Amatlah penting Hibah didokumenkan supaya tidak timbul pertikaian di kemudian hari. Even if there is pertikaian at least we have something to proof in Court kan..so sebaiknya.. sekiranya anda diluar sana berniat untuk membuat hibah..carilah counsel yang boleh tolong anda untuk buat satu Ikatan Hibah.

Berdasarkan pengalaman..dokumen hibah hendaklah diperincikan perihal harta yang ingin dihibahkan..nilaian, bahagian yang ingin dihibahkan.. ditandatangani oleh pihak-pihak yang terlibat dan hendaklah disaksikan juga oleh saksi-saksi..

Dokumen yang telah ditandatangani hendaklah dimeterai @ 'stamping'.. 

Pengesahan Dokumen Hibah

Keperluan mengesahkan dokumentasi Hibah boleh dilakukan semasa Pemberi Hibah masih hidup..tidak semestinya dilakukan selepas kematian Pemberi Hibah.. adalah lebih mudah sekiranya Perintah pengesahan Hibah dikeluarkan oleh Hakim dengan adanya Pemberi Hibah..yang mana Hakim sendiri berpeluang untuk mendengar keterangan dari Pemberi Hibah sendiri..

Dokumen Hibah hendaklah disahkan oleh Mahkamah Syariah melalui permohonan Pengesahan Hibah..

Penting untuk menyimpan dokumen berkaitan hibah ini dengan baik..

entri ini hanya secebis ilmu mengenai Hibah secara am nya..untuk lebih terperinci mungkin anda boleh membuat bacaan buku-buku yang berkaitan hibah..

Jzkk



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
I dont know since when i like to rant all the way about my life..my feeling..not so me anyway..but since am ranting..am feel much more better..release..Alhamdulillah..am here not to please people n everyone of you..am ranting what i want..feel free not to read it, if you're annoyed with my writings..