Tuesday, February 25, 2014

Bila contengan itu semakin bernyawa..

Assalamualaikum

Salam ukhuwah buat semua..semoga ukhuwah yang semakin hari semakin meluas ini diberkatiNya.. ukhuwah fillah abadan abada..
Selawat dan salam buat junjungan besar SAW...
Sollu A'laih..

Bila berita tidak lagi dipeduli..
Bila gosip semakin dipandang sepi..
Bila omongan kosong sekadar melewati telinga kanan dan kiri..
Bila tiada lg hiburan yg lebih menghiburkan dari membaca contengan sendiri..
Bila contengan-contengan yang ditulis sendiri..
Di baca berkali-kali dalam sehari..
gila kah? syok sendirikah? ahakss..
^-^ pedulikan apa kata orang..asalkan daku bahagia..
asalkan daku x menyusahkan orang dan kamu-kamu juga..

Ohh tetapi..
Wall kamu-kamu penuh dengan tulisan2 ku..
Kamu-kamu masih punya pilihan kan..untuk membiarkan atau do d necessity utk tidak mmbiarkn tulisan2 ini terus berada di sana..
No hurt feelings ;)

Membaca contengan itu..sesungguhnya daku lebih mengenali diri ..
Kerana contengan itu langsung menggambarkan empunya diri..
Yang adakala..suram..muram..sedih..gembira..tertawa..
Sifat manusia..berubah2 mengikut keadaan..
Kalian juga begitu bukan?
Apapun emosi..cerita kita are totally different..kan..
Kamu..kamu dan kamu..punya cerita sendiri..

Allahu Rabbi..
Sesungguhnya aku memohon perlindunganMu dari kesedihan dan keluh-kesah
Allahu Rabbi..
Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui segala yang tersurat dan tersirat
Allahu Rabbi..
Sesungguhnya Kau Pemilik hati..yang membolak balikan hati..Kau tetapkanlah hati ini..
Semoga hati ini sentiasa di bawah jagaan Mu

Lewat ini..
Bila contengan-contengan itu..
 tidak lagi layu..muram..suram..sedih..kecewa..down..
Bila contengan-contengan itu...
Semakin hari semakin mempunyai nafas..
semakin hidup..dan semakin ceria..
Alhamdulillah..syukur..terima kasih Allah..
:)

******************************************************

Daku belajar erti keperitan
Daku belajar erti ketabahan
Daku belajar saat airmata berlinangan tanpa dapat ditahan
Daku belajar saat tika bersuara..tika berkata..suara dan kata itu tidak lagi didengar..
Daku belajar saat diri tidak lagi dihargai..
Daku belajar membina semula harga diri..
dengan seribu kepayahan..
Daku belajar mencari nilai diri di sisi Allah..
Biarpun pandangan manusia..
Aku serba kekurangan..
Pandangan kamu..kamu..dan kamu..
Tidak lagi penting..
Kerana kamu..kamu..kamu..juga seperti daku
Dinilai oleh Rabb a'lamin..

Dan daku..
Daku lebih memahami qada' dan qadar..
Daku belajar bahawa kebergantungan kepada manusia tidak pernah membawa bahagia..
Daku belajar bahawa saat diuji kekuatan spiritual itu pendinding diri..
Daku belaja membina tembok yang tinggi untuk tidak lagi membenarkan sesiapa pun jua cuba untuk merobek atau meremukkan lagi sekeping hati ini..

Bila kita semakin ikhlas dengan ujian hidup..
bila kita belajar untuk meredhai..
Kita akan mula mengerti..
apa tarbiyyah yang Allah ingin kita belajar dari musibah itu
Allahu Allah..

Monolog hati;
Tuhan..
Jika ini nikmat yang Engkau janjikan..
Daku bermohon agar rasa ketenangan ini berkekalan..
Namun..
Jika nikmat ini kau pinjamkan hanya sementara cuma..
Kau kuatkanlah diri ini saat nikmat itu ditarik kembali..

#airmata ini masih menitis saat contengan ini ditulis...
mengenang perit dan jerih mmbina semula diri setelah dijatuhkan..

Semoga masih ada lagi bahagia buatku..

Inspirasiku untuk semua

Jazakallahu khairan jazak..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
I dont know since when i like to rant all the way about my life..my feeling..not so me anyway..but since am ranting..am feel much more better..release..Alhamdulillah..am here not to please people n everyone of you..am ranting what i want..feel free not to read it, if you're annoyed with my writings..