Saturday, February 22, 2014

Resepi Mee Hailam *Arwah Abah's Fav.*

Assalamualaikum..

Salam ukhuwah buat semua..sahabat dan teman..blog readers..yang mengenali diri ini atau tidak..Alhamdulillah..jalinan ukhuwah ini semakin meluas di muka bumi Allah ini..thanks kerana sudi membaca contengan-contengan kata di sini..semoga contengan-contengan ini memberi manfaat dan bukan contengan kosong semata..*abaikan contengan kata yang tidak berfaedah di sini..sekadar selingan..*
 dan semoga ukhuwah yang terjalin ini diredhai..lillahi taala..
selawat dan salam buat junjungan kita SAW..
*Allahumma Solli A'la Muhammad*

Dinner tadi menjamu omma dan adik-adik dengan hidangan Mee Hailam.. :)
Bila sebut Mee Hailam teringat Arwah Abah..
Arwah memang suka Mee Hailam..
tapi Mee Hailam kita x boleh lawan Mee Hailam air tangan Arwah Abah yang sangat superb..
Arwah memang pandai masak..cakap jer nak makan aper.. sumer Arwah boleh masakkan..
mewarisi baka Arwah Nenek yang pandai memasak barangkali.. ;)
Memories sungguh!
Rindu Arwah Abah..
Al-Fatihah..

Jom intai resepi Mee Hailam yang sangat mudah..


Inilah rupa Mee Hailam yang siap dimasak..

Bahan-bahannya:-

1 1/2 bungkus Mee Kuning 
1 pkt fishball *dibelah dua
6 biji tauhu kering *optional
Udang 
Sotong 
sawi *dipotong
1/2 biji bawang besar *dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
5 biji cili api *dititik
2-3 sb cili boh
Kicap
garam
Air
minyak untuk menumis

*udang n sotong boleh tukar to ayam n daging..ikut citarasa masing-masing yer.. ;)

Cara - cara membuatnya :-

Panaskan minyak..tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau..kemudian masukkan cili boh dan garam secukup rasa..agak-agak cili dah masak tu boleh masukkan cili api, udang dan sotong..gaul rata dan tambahkan air..kemudian masukkan tauhu kering dan fishball dan tuangkan kicap..kemudian masukkan sawi dan mee kuning..didihkan sekejap..pastu boleh tutup api dan sedia untuk dihidang..

#tips: minyak untuk menumis x perlu banyak..klau too oily sangat x oke..
 sbb mee pon dh agak berminyak kan..

Mudahkan?

Selamat Mencuba.. ;)

Jazakallahu khairan jazak..







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
I dont know since when i like to rant all the way about my life..my feeling..not so me anyway..but since am ranting..am feel much more better..release..Alhamdulillah..am here not to please people n everyone of you..am ranting what i want..feel free not to read it, if you're annoyed with my writings..